Tuesday 27 September 2011

Tapak Semaian

Tapak semaian kelapa sawit BCS Nursery Enterprise



Introduction

BCS Nursery Enterprise adalah sebuah syarikat bumiputera berdaftar yang mengusahakan dan membekalkan benih dan anak pokok kelapa sawit. Lokasi syarikat ini berada di Kampung Kanchong Darat sebuah kampung yang terkenal dengan perusahaan kecil dan sederhana.
Selain daripada membekalkan biji benih dan anak pokok kelapa sawit, syarikat ini juga membekalkan ikan keli kepada pelanggan.
Syarikat ini adalah perusahaan keluarga dan tunjang utama syarikat ini adalah Encik Mohd Rafii bin Isnin dan Encik Razlan bin Mohd Rafii. Mereka menjadikan syarikat Malaysia Palm Oil Berhad (MPOB)  dan Sime Darby Sdn. Bhd. sebagai rujukan. MPOB mengeluarkan lesen untuk menjalankan perniagaan ini manakala Sime Darby Sdn. Bhd. pula membekalkan benih anak sawit dan khidmat nasihat kepada syarikat ini.